ALBUM: Cuma Satu
ARTIS: Shazroul
GENRE: Pop
SUASANA suram ekonomi tidak mematahkan semangat pemuda bernama Shazroul ini untuk hadir mengisi rak penerbitan album tempatan dengan sebuah album penuh lapan lagu.
Sedikit latar, pemuda kelahiran Kuala Lumpur ini pernah mencuba bakat untuk menyertai pertandingan realiti, Akademi Fantasia musim keempat.
Hanya berjaya ke peringkat Prelude, dia tidak patah semangat sebaliknya Shazroul mempertingkatkan usaha untuk memperbaiki kekurangannya.
Selepas enam bulan mengikuti kelas vokal bersama Hazami, selain menerima undangan mengadakan persembahan, Shazroul akhirnya berani hadir dengan Cuma Satu.
Mengambil masa dua tahun untuk dilengkapkan, Cuma Satu menggabungkan komposer baru serta berpengalaman. Sentuhan guru vokalnya, Hazami menghadirkan Usah Sesali dan Cinta Luhur manakala komposer Indonesia yang popular dengan lagu Kasih, Ryan Kyoto mempertaruhkan tiga ciptaan terbarunya menerusi Selamanya, Cuma Satu dan Telah Terhenti.
Shazroul ialah antara segelintir bakat baru yang bertuah kerana menerima kepercayaan komposer popular untuk menyumbang sentuhan mereka dalam album perdananya.
Namun itu bukan jaminan untuk dia segera meraih perhatian kerana masih banyak kelemahan serta kekurangan dalam album ini.
Vokal yang seharusnya menjadi taruhan utama tetapi ternyata apa yang diberikan Shazroul belum memadai untuk memacu namanya pada tahap selesa.
Penyampaian Shazroul masih memerlukan banyak bimbingan jika dia ingin membina kedudukan selesa, apatah lagi peminat seni semakin kritikal dalam menilai bakat seseorang penyanyi itu.
Kata Hip:
SEBUAH album yang belum cukup kuat untuk memacu nama Shazroul sebagai penyanyi baru. Lebih-lebih lagi dia tidak merentasi platform seperti program realiti sekali gus menuntutnya untuk melipatgandakan usaha jika ingin benar dihargai.
album belum cukup kuat ... so next album kena lah kasi kuat... errr dia tak kata album tak bagus
ReplyDeletePL doakan Shazroul berjaya menempuhi segala rintangan yang bakal dilalui.
ReplyDeleteSemoga berjaya! =)