My Videos

Loading...

Monday, July 6, 2009

MANGGA ONLINE

Shazroul redah banyak dugaan
Ditulis oleh Rosli Manah Isnin, 06 Julai 2009 15:45 PDF Cetak

altBukan mudah perjalanan seni yang dilalui oleh Shazroul sebelum tampil dengan album sulung berjudul Cuma Satu. Shazroul atau nama penuhnya Shazroul Fazlie Zahari pernah beberapa kali kecewa sejak mula menceburkan diri dalam dunia seni.

Kemuncak kekecewaannya apabila album yang hampir siap dirakam terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Duri itu membuatkan dia hampir putus asa... mujur ada ahli keluarga yang menyokong kuat dirinya dari belakangnya.

Shazroul pernah sampai ke peringkat Konsert Prelude Akademi Fantasia 4. Selepas itu dia mula mendapat perhatian, namun langkahnya bersama syarikat produksi tidak sampai ke kemuncaknya.

"Saya pernah merakam tujuh buah lagu dengan sebuah syarikat, tapi apabila hampir siap, ia tidak dapat diselesaikan kerana masalah tertentu. Saya dengar lagu yang pernah saya rakam dinyanyikan oleh artis lain.

"Saya pernah bekerjasama dengan seorang komposer ternama. Tapi apabila saya mengatakan saya memiliki pengurus dan meminta dia berbincang dengan pengurus saya, komposer itu terus tidak menunjukkan minat menerbitkan lagu untuk saya," kata Shazroul.

Kini Shazroul sudah memiliki album sulung yang diterbitkan sendiri oleh anggota altkeluarga melalui syarikat yang ditubuhkan iaitu 2Ps Production.

"Saya sangat sentimental apabila bercakap pasal album ini. Ibu dan ibu-ibu saudara saya banyak berkorban untuk saya daripada awal pembabitan saya sehinggalah sekarang. Pengorbanan mereka yang mahu melihat saya mempunyai album sangat saya sanjungi," kata Shazroul.

Pernah ditolak penganjur

Selain perjalanan merakam lagu yang tergendala, Shazroul juga pernah ditolak oleh penganjur persembahan kerana dia tidak memiliki lagu sendiri.

alt"Apabila pengurus saya mencadangkan nama saya kepada penganjur acara, mereka tanya, apakah lagu popular saya. Apabila mengetahui saya belum ada album, ada pihak yang terus menolak saranan itu.

"Sebab itulah album ini sangat bermakna buat saya. Saya ingin bergerak lebih jauh dalam bidang seni," tambah Shazroul.

Siapa Shazroul?

Shazroul, anak kelahiran Kuala Lumpur, telah mula melibatkan diri di dalam bidang nyanyian sejak berumur sembilan tahun lagi melalui penyertaan di dalam beberapa pertandingan nyanyian pada masa itu. Darah seni beliau diwarisi daripada nenek Shazroul yang pernah menjadi Naib Juara Bintang Radio sekitar tahun 50-an.

Dengan sokongan dan galakan sepenuhnya dari keluarganya, pada tahun 2006 Shazroul menyertai rancangan realiti Akademi Fantasia 4. Walaupun hanya berjaya sampai ke peringkat Konsert Prelude, beliau tidak patah semangat dan terus berusaha gigih untuk memperbaiki mutu penyampaian dan gaya persembahan beliau.

Mengambil ikhtibar daripada pengalaman beliau di dalam AF4, Shazroul telah mengambil kursus vokal selama enam bulan dengan penyanyi terkenal, Hazami. Pada masa yang sama, beliau telah menerima beberapa undangan untuk membuat persembahan nyanyian untuk tetamu dari dalam dan luar negara.

altAlbum Cuma Satu mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan. Album ini menggabungkan lagu-lagu daripada komposer baru dan juga yang lebih berpengalaman.

Lagu Usah Sesali dan Cinta Luhur adalah hasil karya Hazami sepenuhnya. Manakala lagu Untuk Ku telah digubah oleh komposer muda, Riza Omar dan lirik oleh Mufizal Mokhtar.

Ryan Kyoto, komposer terkenal dari negara jiran Indonesia, telah menyumbangkan tiga buah lagu untuk album sulung Shazroul ini. Lagu-lagu Selamanya, Cuma Satu dan Telah Terhenti adalah ciptaan beliau sepenuhnya.

Sekarang album ini hanya boleh dibeli secara online di www.2ps.com.my. Mereka akan memasarkan album itu tidak lama lagi.

1 comment:

  1. see... i know u from Af.. hahahaha.. x blh tipu.. wekk wekk..

    bape harga singles u...
    n how to get it...

    ReplyDelete